"KIT MUDAH ALIH INFO KERJAYA" adalah satu hasil inovasi dan kreativiti En. Yusri bin Abdullah di bawah Program Unit Bimbingan & kaunseling SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu. Idea dan usaha ini sebenarnya telah bermula sejak 5 tahun lalu iaitu pada 2012. Pada masa itu, tujuan inovasi dan kreativiti ini kerana memikirkan bagaimana cara pelajar-pelajar saya boleh memahami 6 bidang kerjaya utama dan boleh menyatakan dengan spontan matlamat kerjaya apabila seseorang guru bertanya tentang cita-cita mereka suatu hari nanti. Saya melihat dan meneliti bahan-bahan cetak di pasaran yang berkaitan dengan kerjaya tidak begitu banyak dan kurang daya penarik. Lalu saya mengambil keputusan untuk membina sendiri inovasi ini. Dengan berbekalkan Ijazah Bimbingan & Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia serta pengalaman sebagai kaunselor pelajar. Di samping itu, saya juga bekas guru Pendidikan Seni di sekolah rendah. Daripada penelitian yang agak mendalam saya telah menghasilkan Kit Mudah Alih Info Kerjaya lalu saya telah mengubah dengan memilih gambar dan jenis kerjaya yang lebih mudah difahami oleh pelajar dengan menggunakan kit tersebut. Apa yang menarik kit ini ialah saya telah menggabungkan kit tersebut dengan permainan monopoly. Semasa pelajar bermain monopoly mereka akan mendapat pengetahuan dan konsep tentang 6 bidang kerjaya melalui proses mereka menjawab yang disediakan dengan membuka kad-kad soalan. Pelajar-pelajar yang bermain dikehendaki membaca terlebih dahulu Kit Mudah Alih Info Kerjaya. Belajar sambil bermain merupakan konsep yang digunakan sebagai satu cara paling mudah dan santai pelajar memahami konsep 6 kerjaya utama. Ringkasnya Kit Mudah Alih Info Kerjaya membolehkan :
OBJEKTIF
- Pelajar memperolehi pengetahuan dan memahami konsep asas info bidang kerjaya secara mudah dan santai.
- Penyediaan dalam bentuk Kit Mudah Alih memudahkan guru bimbingan & kaunseling membawa ke bilik darjah.
- Pelajar belajar memahami konsep kerjaya sambil bermain.
- Penyediaan soalan berkaitan asas kerjaya mengikut aras soalan.
- Aktiviti Bimbingan Kerjaya Kelompok kecik dan besar.
- Alat Intervensi sebelum dan selepas mengambil ujian psikometrik (Ujian Minat Kerjaya dan Tret Personaliti).
OBJEKTIF
- Mendapat pengetahuan asas tentang konsep bidang kerjaya, ciri-ciri personaliti dan contoh-contoh pekerjaan melalui permainan Kit Mudah Alih Info Kerjaya.
- Menimbulkan minat kerjaya untuk melorongkan ke arah pembinaan matlamat kerjaya melalui permainan.
- Pelajar boleh berfikir dan membuat keputusan pilihan kerjaya yang tepat melalui pengetahuan yang mereka perolehi semasa bermain dengan syarat setelah mengambil Ujian/Inventori Pemilihan Minat Kerjaya (IMK).
- Sebahagian besar pelajar SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu tidak mempunyai internet di rumah. Penggunaan Kit ini memberikan impak yang besar tentang pengetahuan asas yang paling mudah.
SASARAN PENGGUNA
- Pelajar dari Tahun 5 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
- Aktiviti : (a) Sesi Bimbingan Kelompok Kerjaya
(b) Sesi Kelompok Besar (Kelas PdP)
Bilangan Kumpulan :4/5 Kumpulan
- Kit Mudah Alih Info Kerjaya boleh digunakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
- Kad-kad soalan 6 Info Kerjaya disediakan berdasarkan 3 tahap iaitu Tahap Rendah, Sederhana dan Tinggi.
- Kit bersaiz sederhana boleh dibawa ke mana-mana terutama di dalam bilik darjah.
- Kit ini amat sesuai untuk aktiviti bimbingan kelompok kerjaya yang di
kendalikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling.
- Alat intervensi sebelum atau selepas menjalani Ujian Psikometrik.
No comments:
Post a Comment