Monday, 19 December 2016
Thursday, 15 December 2016
SET KIT MUDAH ALIH INFO KERJAYA - PRODUK TERBARU BIMBINGAN & KERJAYA
Produk Terbaru....untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai aktiviti yang sangat menarik bagi memudahkan mereka menguasai konsep kerjaya asas.
Pelajar akan menguasi dan memahami asas kerjaya sambil bermain sebagai seorang usahawan di pasaran kerja.
Wednesday, 14 December 2016
KIT MUDAH ALIH INFO KERJAYA
"KIT MUDAH ALIH INFO KERJAYA" adalah satu hasil inovasi dan kreativiti En. Yusri bin Abdullah di bawah Program Unit Bimbingan & kaunseling SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu. Idea dan usaha ini sebenarnya telah bermula sejak 5 tahun lalu iaitu pada 2012. Pada masa itu, tujuan inovasi dan kreativiti ini kerana memikirkan bagaimana cara pelajar-pelajar saya boleh memahami 6 bidang kerjaya utama dan boleh menyatakan dengan spontan matlamat kerjaya apabila seseorang guru bertanya tentang cita-cita mereka suatu hari nanti. Saya melihat dan meneliti bahan-bahan cetak di pasaran yang berkaitan dengan kerjaya tidak begitu banyak dan kurang daya penarik. Lalu saya mengambil keputusan untuk membina sendiri inovasi ini. Dengan berbekalkan Ijazah Bimbingan & Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia serta pengalaman sebagai kaunselor pelajar. Di samping itu, saya juga bekas guru Pendidikan Seni di sekolah rendah. Daripada penelitian yang agak mendalam saya telah menghasilkan Kit Mudah Alih Info Kerjaya lalu saya telah mengubah dengan memilih gambar dan jenis kerjaya yang lebih mudah difahami oleh pelajar dengan menggunakan kit tersebut. Apa yang menarik kit ini ialah saya telah menggabungkan kit tersebut dengan permainan monopoly. Semasa pelajar bermain monopoly mereka akan mendapat pengetahuan dan konsep tentang 6 bidang kerjaya melalui proses mereka menjawab yang disediakan dengan membuka kad-kad soalan. Pelajar-pelajar yang bermain dikehendaki membaca terlebih dahulu Kit Mudah Alih Info Kerjaya. Belajar sambil bermain merupakan konsep yang digunakan sebagai satu cara paling mudah dan santai pelajar memahami konsep 6 kerjaya utama. Ringkasnya Kit Mudah Alih Info Kerjaya membolehkan :
OBJEKTIF
- Pelajar memperolehi pengetahuan dan memahami konsep asas info bidang kerjaya secara mudah dan santai.
- Penyediaan dalam bentuk Kit Mudah Alih memudahkan guru bimbingan & kaunseling membawa ke bilik darjah.
- Pelajar belajar memahami konsep kerjaya sambil bermain.
- Penyediaan soalan berkaitan asas kerjaya mengikut aras soalan.
- Aktiviti Bimbingan Kerjaya Kelompok kecik dan besar.
- Alat Intervensi sebelum dan selepas mengambil ujian psikometrik (Ujian Minat Kerjaya dan Tret Personaliti).
OBJEKTIF
- Mendapat pengetahuan asas tentang konsep bidang kerjaya, ciri-ciri personaliti dan contoh-contoh pekerjaan melalui permainan Kit Mudah Alih Info Kerjaya.
- Menimbulkan minat kerjaya untuk melorongkan ke arah pembinaan matlamat kerjaya melalui permainan.
- Pelajar boleh berfikir dan membuat keputusan pilihan kerjaya yang tepat melalui pengetahuan yang mereka perolehi semasa bermain dengan syarat setelah mengambil Ujian/Inventori Pemilihan Minat Kerjaya (IMK).
- Sebahagian besar pelajar SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu tidak mempunyai internet di rumah. Penggunaan Kit ini memberikan impak yang besar tentang pengetahuan asas yang paling mudah.
SASARAN PENGGUNA
- Pelajar dari Tahun 5 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
- Aktiviti : (a) Sesi Bimbingan Kelompok Kerjaya
(b) Sesi Kelompok Besar (Kelas PdP)
Bilangan Kumpulan :4/5 Kumpulan
- Kit Mudah Alih Info Kerjaya boleh digunakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
- Kad-kad soalan 6 Info Kerjaya disediakan berdasarkan 3 tahap iaitu Tahap Rendah, Sederhana dan Tinggi.
- Kit bersaiz sederhana boleh dibawa ke mana-mana terutama di dalam bilik darjah.
- Kit ini amat sesuai untuk aktiviti bimbingan kelompok kerjaya yang di
kendalikan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling.
- Alat intervensi sebelum atau selepas menjalani Ujian Psikometrik.
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PINGAT EMAS INOVASI & KREATIVITI
Semasa menerima Tempat Pertama Pingat Emas Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi & kaunseling Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia di AADK Kebangsaan pada 27 September 2017
SEKITAR PAMERAN INOVASI DAN KREATIVITI PSIKOLOGI KAUNSELING 29 SEPTEMBER 2016
Sekitar tapak pameran bahan Inovasi dan Kreativiti Psikologi Kaunseling semasa pertandingan pada 29 September 2016 di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum pertandingan satu sesi uji cuba di kalangan pelajar Tingkatan 4 telah dijalankan di SMK Seri Nilam.
BANTING 8 KERJAYA POPULAR DI PASARAN
PAKEJ BANTING 8 BIDANG KERJAYA POPULAR DI PASARAN
Pakej Siri Panduan Asas Mengenali Bidang kerjaya mengandungi gambar-gambar dan pelbagai contoh pekerjaan dalam sesuatu bidang. Contoh-contoh adalah pekerjaan yang terpilih dan menjadi pilihan masa kini di pasaran kerja.
Tuesday, 13 December 2016
PAKEJ BANTING RANSANGAN PENYUNGGUHAN BELAJAR
Bahagian 1 : Pakej A/B/C/D
Adalah bunting motivasi yang amat sesuai untuk dipamerkan di lokasi sekitar sekolah yang strategik terutama tempat laluan pelajar. Ia amat sesuai untuk sekolah menengah dan rendah. Sekolah-sekolah boleh menempah dengan mengemailkan nama sekolah dan lencana jika berminat kepada pihak kami.
PAKEJ POSTER MAKLUMAT/PROMOSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Pakej E mengandungi poster Ujian Minat Kerjaya SDS, Ujian Personaliti Warna (IPW), Ujian Nilai Pekerjaan Sidek (INSP) dan Ujian Personaliti Sidek (IPS).
Pakej F ialah Poster Besar bersaiz 2x3 kaki dan 3x4 kaki mengandungi maklumat Hala Tuju Selepas SPM.
Pakej G ialah Poster 6 Kemahiran Tenik Asas Kemahiran Belajar di dalam bilik darjah. Poster yang bersaiz A3 ini dilengkapi dengan frame board bersampul plastik.
PAKEJ PROMOSI B&K DAN POSTER MINAT KERJAYA
Bahagian 3 : Pakej H/I
Pakej H adalah berkaitan dengan promosi perkhidmatan B&K. Antaranya ialah Moto, Visi, Misi dan jenis perkhidmatan. Selain itu dilengkapi dengan haluan kerjaya di UA dan Institusi Kemahiran Awam dan Swasta selepas SPM serta beberapa contoh bantuan pinjaman dan biasiswa yang ada di dalam negara.
Pakej I ialah terdiri daripada pakej Poster Minat Kerjaya SDS yang di asaskan oleh Dr. J Holland
Pakej I ialah terdiri daripada pakej Poster Minat Kerjaya SDS yang di asaskan oleh Dr. J Holland
PAKEJ BANNER/BANTING PEPERIKSAAN UPSR/PT3/SPM/STPM DAN ASRAMA
Bahagian 4 : Pakej J/K/L/M
Pakej J ialah bookmark motivasi yang terdiri pelbagai jenis. Bersaiz standard.
Pakej K ialah set banner ransangan motivasi peperiksan samada untuk sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Pakej M ialah set banting ransangan motivasi pelajar asrama untuk sekolah menengah.
Pakej L ialah set logo universiti UA bersaiz 1x1 kaki persegi.
BLOGGER ADALAH DESIGNER
Blogger juga bukan sahaja berkhidmat sebagai Kaunselor Pelajar yang sering menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar, malah membina sendiri bahan-bahan grafik untuk Unit Bimbingan & Kaunseling bagi kegunaan guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah dan idi seluruh negara. Blogger yang mempunyai kemahiran grafik juga telah memiliki syarikat sendiri YZ TOUCH MOTIVATION & GRAPHIC DESIGN ENTERPRISE yang telah berusia dua setengah tahun. Mana-mana sekolah dan guru UBK yang berminat boleh menghubungi blogger melalui laman ini pada bila-bila masa sahaja.
LATAR BELAKANG BLOGGER
Blogger adalah seorang Guru Bimbingan & Kaunseling yang kini berkhidmat di SMK Sungai Tong, Setiu Terengganu. Dilahirkan di Kg. Paya Lang 2, Batu Anam Segamat Johor. Mula berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1989 di SK Chenor, Maran Pahang (1989-1995). Kemudian bertukar ke Pasir Panjang (1995-1998). Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pada tahun 1998 di Universiti Malaysia Terengganu. Berkhidmat sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling pada 2001 sehingga sekarang. Sebelum berkhidmat di sekolah sekolah sekarang blogger berkhidmat di SMK Jengka 16, Pahang (2001-2002), SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (2002-2008) dan SMK Sultan Sulaiman (2008-2009).
Subscribe to:
Posts (Atom)